Penerbangan China Eastern MU2331 yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phoenix Sanya dari Xi’an gempar apabila seorang penumpang yang bertindak membuka pintu kecemasan lalu mengaktifkan gelungsur kecemasan semata-mata kerana mahu keluar cepat dari pesawat yang dinaikinya.
Penumpang berkenaan sebelum itu memberitahu rakannya, dia tidak sabar untuk keluar dari kapal terbang berkenaan sebaik ia mendarat sekitar jam 9 malam kelmarin.
Penerbangan kapalterbang tersebut telah tertunda selama 2 jam akibat kejadian ini .
Apabila ditahan kerana tindakannya itu, penumpang berkenaan berkata, dia tidak tahu pintu kecemasan tidak boleh dibuka walaupun perkataan melarangnya jelas terpampang pada pintu itu.
Pihak Penerbangan China Eastern bercadang untuk mengenakan caj menganti semula gelungsur kecemasan yang bernilai $16 000 kepada penumpang tersebut.

No comments:
Post a Comment